Sunday, February 15, 2015
#1st-pregnancylife
assalamualaikum wbt....
disebabkan harini duk sensorang,hehe rajin la aku nak menaip-naip ni.tambah-tambah adenye si kecik kat dalam ni,rasa macam2 nak cerita.bukan ape, aku ni manusia pelupa. dan tujuan aku mem-blog pon sebab nak coret semuaaaa kenangan2 supaya tak lupa.
sooo, pengalaman jadi #first-time-mom *sangat* ni memang xkan dilepaskan untuk kucoret.hewhewhew.
baby dah 19weeks sekarang. baby bump aku pon dah nampak sikit2.baju2 yg terketat sikit tu memang amat ketatla sekarang kalau pakai....kalau gi kerja, kawan2 dah gosok2 babybump ni.adohaiiiii bahagia rasa.wiwiwi......
latest check up haritu nurse bagi dengar jantung baby.alhamdulillah nurse kat kkia pantai indah ni mesra alam semua,boleh ajak bergosip bagai.hahaha.dia kak nani*nurse in charge aku* excited tanya ada rasa n dengar dah belum pergerakan baby.saya gelak je. sebab masih kompius lagi bunyi perut ke ape.hahaha.dia pon bagila chance aku dengar jantung baby.alhamdulillah, jantung baby normal. HB pun naik even aku xamik lansung ubat dia bagi selain vit c & acid folic .hehehe.ubat lain kelaut.bau n rasa hampeeeh samapai termuntah.
tapi yang x best nye kat KKIA PANTAI INDAH ni, doktor dia.adoiiimak xmesra alam lansung.first aku scan aritu dia scan n tunjuk jantung n bahagian2 badan baby je.xde explain langsung.engatkan 2nd scan ni xmacam tu la.dalam kepala ni macam2 nak tanya dia.nasib baik sempat tanya sikit2 tyme dia duk scan tu. masih sama,duk tunjuk mana kaki,tangan, jantung.adoiiiiii.engat lepas dah scan, dia mi ntak keluar dulu.ingatkan lepastu boleh masuk balik and explain everything.hampeeeeeh...nurse je keluar bagi balik buku merah.aku sound jugakla.cakap 'laa xde kena explain ppe ke?''...nurse tu cakap dalam buku di ada tulis.helooo engat aku paham sangat tulisan dan term2 korang tu??terpaksa la aku balik search abbreviation dia.adoooiiii geram sangat mak ni.memang nak dapat info jelas, kena pergi private la lepas ni.
wateva lah.nanti cuti panjang ni ,engat nak pi booked klinik annisa sambil2 ushar pakej deliver kat situ.
phewwwwww malas pikir dah.meh stori pengalaman2 dari minggu ke minggu jadi mom to be ni.hekhek...
bila dah nak jadi ibu ni, memang banyak benda nak kena godek2.jenis aku xsuka disuap semata-semata.apemende yang aku nak tahu,dan taktahu,curious to know, aku akan google atau rujuk mak2 sedara aku dulu.banyak benda yang aku belajar.aku lebih suka gogle.sebab banyak yang aku dapat.berbagai2 maklumat dimana aku akan compare balik yang mana bleh pakai atau x.
kalau dalam group fb plak, aku xsuka mencapub! haha.xmacam tyme jadi bride to be.masa bride to be memerlukan lebih pandangan.thats y aku suka sangat post mintak opinion itu dan ini. tapi bagi aku untuk mom to be ni,hanya perlu godek2, dan cari je balik maklumat.baca,baca dan baca.sebab semuanya adalah maklumat atau fakta. jangan teburu2 tanya without investigation or research or study.kadang2 perubahan diri yang kadang2 mengkompiuskan aku poon aku segan nak tanya.contohnya, bila ada naik bulu2 halus kat perut ni.halus la sangat padahal dah macam anne dah tengok.kikikiiki..aku cakap kat hubby sambil sedapkan hati.cakap,biasela ni perubahan hormon kot.lepas ni xdela tu...padahal dalam hati risau kemain kot2 something wrong somewhere.hehehe.tapi bila ada yg discuss pasal ni, lega baliiiiik.......rupanya memang banyak kena berkorban rupanya termasuk la dari segi appearance n fizikal.muka yang selebet n selekeh ni xyah cakap la.hahaha.hubby asyik perli manja je.cakap xde makna dah nak bermandi losyen bagai sekarang.
yela, kalau dulu sebelum tidur, memang pakai losyen la,krim la.xcukup badan sendiri,badan hubby pon aku tempek.haha.sekarang ni,memang xpandang lansung benda tu.adoiiiiiii.
k dah.
MINGGU 1-8
minggu yg aku dapat tahu aggaran dalam minggu ke-4. itupun sebab asyik sakit pinggang n senggugut yang lite2 gituuu.pening tu sikit2 je.yang xleh blaaah selera makan memang maju giler...
masuk minggu ke-5 , morning sickness xyah cakap la.berlarutan sampai minggu ke 12.perut lapar memanjang, tapi bila makan, komfem keluar balik lepas tu.tapi kalau xmakan, memang xsenang duduk.kebulur gileer.nak pulak aku selalu demam tyme tu.asal keluar jenjalan sikit kat tempat crowded, balik mesti demam.batuk berpanjangan. sampai hubby pon kuarantin mak ni.ahahaha.ada sekali tu dia ajak keluar tengok wayang.excited la aku nii.laki ni jenis xsuka berjalan sangat.dari zaman belajar dulu lagi.kalau kitorang keluar pon sebab nak spent time bersama.xde maknanye nak explore tempat2 baru.bukan jenis dia..nyampah mak!!okay, dia pon bawak la aku gi tengok muvee kat sungway pyramid.last2 kat dalam kereta, aku muntah.hahaha.punya tahan,last2 keluar jugak.hubby memang warning no more dating2.adoiiiii.kuciwa daku.
ada satu tahap tu kadang2 bau memasak pon xboleh.tapi kadang2 jela.bila memng ksihatan merudum.nasib baik la dapat laki rajin bab masak.mana xrajin,kalau dia xmasak,lapooor jaawabnye.hahaha.laki cheq ni bukan jenis suka makan kat luar sangat.thanks b sebab rajin masak2 ye tyme sayang xlarat dan malas.haha.
selain muntah2 makanan, benda ya ng wajib n berlarutan sampai sekarang muntah asid/angin.yang ni memang without fail org kata.pagi2 bangun tidur, masuk toilet, komfem akan muntah dulu.hentak2 kaki bagai n dalam perut ni rasa macam kena korek2.adoiiiiii.kalau yang keluar tu warna kuning, adoiii pahit giler dalam mulut ni.demi mu anak, ibu tempuh jelaaa.
MINGGU 9-18
masuk bulan ketiga,aku jadi makin kuat angin dalam badan.yang ni memang xleh blah.memang caffein tolak jauuh2.ada satu malam tu,sebab minum soya kot.ya allah, xboleh tidur.2,3 kali duk muntah.tidur kejap,terus terjaga.tidur kejap,terjaga semula.sebab rasa macam ada blocking kat dada ni.nak tidur pon xlena.kat tekak tu kembang2 je rasa.last2 arround pukul 4 lebih terjaga lagi dan memang xboleh tidur lansung.tyme ni memang siap2 nangis2 dah.kejutkan hubby mintak dia urutkan belakang.lega la sikit,baru tidur pun lena.
kalau kat tempat kerja,toksah cakap la, asyik brlawan2 sendawa je .hehe. kalau dulu memang malu la kalau sendawa berbunyi.tapi sekarang dah xhirau dah.orang sekeliling pon memang paham kot.
masuk minggu ke 17, muntah2 memang dah kurang.kecuali kalau terlebih mkan atau dia memang suka2 nak muntah.ahaks... ada plak macamtu.badan pon dah makin ringan.xde dah jalan2 pengang pinggang.naik tangga pon xmengah sangat.mula2 hairan gak.
mane tak hairan n terkejut.ada satu hari tu, bangun2 tidur hubby cakap perut aku kempis sikit.dia cakap lapar niii* motif dia nak cakap dia yg lapar*.aku biar je.wat donno.pastu sehari dua tu aku sendiri pon xrasa perut menegang.cuak jugak.badan pon ringan semacam jeee....dah risau dah tyme ni.ade yg negatif2 je dalam kepala ni.siap nekad nak gi klinik scan baby.hehe.tapi bila tgk2 balik,google punya google xrasa tu bad news.
mebi bila dah masuk ke trimester kedua n alahan makin berkurang, badan punrasa ringan.positifkan diri balik.hehehe.tu yang xsabar gi checkup haritu.sebab nak tahu kondisi anak ibu ni acanooo.tp kuciwaaaa doktor sangat2 xmesra alam.
masa checkup haritu nurse dah bising2 dah sebab berat naik sekilo lebih.dari 44 something untuk previous checkup naik ke 46.1.sekilo lebih je poon..terus point to MGTT.haa ni yang xsuka ni.bali kampung nanti, memang nak makanpuas2 dulu ape yang patot.hehe.lepatu berpantanglah daku xnak sangkut tyme test MGTT ni.doakan mak ye anak2 semuaaaaaa.............
k lah, letih gak nak stori mori ni.mata macam agak kuyu je.nak pi casss jap.bubyeeeeeee
p/s: xkuasa mak nak berlumba2 nak menang or layan manusia annoying sejak tua ni.eehh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment