Monday, May 11, 2015

#pregnancy life:i should tukar kepada parenting life plak nanti.why??



assalamualaikum wbt....

haritu ku berjanji dengan diri nak update berkenaan pregnancy aku kan.hermm ,.harini supposedly my belly still big and little creature inside it will be womb age 31 weeks.and i'm now supposed at kampung having a 'melenggang perut' di rumah inlaws.tapi what a suprised.....im at KL now 'enjoying' *enjoy la sangat* berpantang seorang diri *ofkos suami ade,tapi dia xpantang*. and my belly also dah kempiiiiis.but why???? herm its a loooong story and sangat mengejutkan aku.aku akan tulis kronologi nyaaa sebagai ingatan dan kenangan untuk aku dan anak aku.


22nd APRIL 2015
aku swap offday at this date as aku ada monthly check up dan aku eksaited even haritu aku kena buat mgtt test for 2nd time and cucuk kancing gigi tu.....aku eksaited sebab haritu doktor nak scan my baby. eksaited nak tahu perkembangan dia.eksaited nak tahu kot2 doktor kasi can untuk tahu jantina.
macam biasa aku gerak sekali dgn hsband nak pergi kerja.
sampai kat KKIA, sunyi je sebab blackout.diorang advice aku pergi tingkat 2 untuk buat mgtt terus.after dah settle,aku turun tingkat satu untuk check up.macam biasa diorang akan  buat urine test for albumin, ambil bacaan bp,hb &timbang berat.
tak ku sangka, tak kuduga.... berkali2 diorang check tekanan darah aku,bersilih ganti alat yg digunakan tu takot alat tu yg rosak.tekanan darah aku mencurigakan sebab terlampau tinggi.bacaan pertama yg diorang buat 200/98...aku masih blur tyme tuu.berkali2 diorang tanya,tidur lambat ke, ada pening2 berpinar ke.jawapan aku TIDAK.memang aku dalam keadaan sihat walafiat.berkali2 diorang check pun still bacaan dalam range tinggi even angka nya berubah2.
lepastu diorang suruh aku kencing, nak test urine kotor x. and what a shock, selama ni xpernah kencing aku kotor, tiba2 detect contain protein a.k.a kencing kotor.nurse terus refer aku kat doktor.aku segera dipanggil masuk bilik doktor dan dia buat scan.hati aku dah berdeba2 even aku masih blur n terpinga2.and guess what?? doktor maklumkan bahawa tumbesaran baby aku xfollow the normal gestational growth which means kandungan aku maybe bermasalah. conclusion awal dari doktor tersebut berdasarkan simptom2 tu ialah ku menghidap darah tinggi.doktor tu immediately call ambulance and mintak aku refer terus HKL.aku xtahu seserius itu.aku ada mintak untuk pergi sendiri tapi diorang kata xboleh lambat.hermm kat sini aku mmg dah start puzzled and speechless..
dalam pukul 12:30pm aku diangkut naik ambulance ke HKL dan sempat jugak aku call husband untuk inform.dalam ambullance tu sempat lagi aku tanya nurse yg eskort tu smada aku akan admitt nad brape lama aku akan ditahan.tapi dia pun xde jawapan.waktu tu aku masih lagi boleh tersenyum dan ketawa.
sampai di bahagian PAC (HKL), ujian yg sama dibuat,buat scan, check bp and check urine.result masih sama.dan aku ditahan di ward.
petang tu bila pakar datang jumpa aku, diorang conclude kan yang aku berkemungkinan ada pre-eclampsia berdasarkan simptom2 yg ada iaitu high blood pressure, air ketuban sikit, protein-urea tinggi.dimana dalam bahasa kampungnya adlah sawan mengandung dan ini akan membahayakan aku dan kandungan.pakar O&G set kan appoinment untuk detail scan keesokan harinya sebab nak tengok function palcenta semua.


23rd APRIL 2015


sepanjang hari yang membosankan.dah la laki selalu xde.huahua.sedih mak.beberapa jam sekali kena makan ubat la,amek tekanan darah la, dan check fetal doppler.
tapi dalam hati,tuhan je tahu betapa serabutnya pikiran aku pikirkan ape yg bakal berlaku.sebab aku ingatkan aku akan admit untuk pantauan semata2...tapi bila aku engat balik jawapan yg aku tanyakan pada pakar tu memang mmbuatkan hati aku xtenang.sampai jiran tepi katil ajak bersembang pon aku xtermampu nak layan.terkejut ada sedih ada.semua ada...soalan yg aku ajukan tu " doktor, masalah2 ni akan menyebabkan saya deliver awal ke??" and guess what? jawapannya:-
                        doktor: YA,MEMANG AWAK TERPAKSA BERSALIN AWAL,MUNGKIN SECARA                                     NORMAL/CZER DALAM SEMINGGU DUA LAGI.
                        aku: memang xde cara ke untuk saya rawat ?
                        doktor: XDE, SEBAB BABY DAH ALAMI IUGR,MEMANG XDE CARA LAIN DAH..

haaa sape xterkejut oiiii.itu baru kejutan pertama.kejutan kedua plak selepas buat detail scan dalam pukul 4 petang, pakar check yang bacaan placenta memang dah x ok.aku xpaham sgt medical term dia cemana. tapi tu bermaksud placenta dah lemah sangat untuk proses bekalkan oksigen n nutrient untuk tumbesaran baby,thats why baby growth terbantut n x follow growth chart yg betul.doktor bagitahu yg aku terpaksa dibedah secepat mungkin.secepat mana??esok weeeyh.esok.aku lagila terkejut.xprepare ape2 pon.dia cakap jangan risau, cukup untuk pihak hospital prepare ventilator je.aku xdapat merasa bersalin normal sebab baby breech.
husband aku dpanggil sekali untk beri penerangan lebih lanjut.at first kami cuba mempertahankan pendirian untuk di transfer ke kelantan.tapi, bila doktor dah main psikologi, bagitahu ini melibatkan nyawa aku dan anak, 2 nyawa...husband akur.tapi aku masih xrela dalam hati ni.hehe
sepanjang malam ni mmg aku xnyenyak tidur.memikirkan kesudahan hari esok. husband pon xmenang tgn uruskankan mcm2.keluarga aku n mertua pon dah dimaklumkan..dan esok paginya mereka akan terbang dri kampung

24th APRIL 2015

hari yg mendebarkan.yg akan menjawab semua persoalan aku.
-bagaimana rasanya dibius?
-bagaimana keadaan OT?
-bagaimana  rasanya perut ditoreh?
-selamatkah anak aku nanti?
-masih diberi peluangkah aku untuk bernafas lagi nanti?
-laki ke perempuan anakku ? *yang ni kes xsempat scan sdri sbab kami decide nk 3d scan before blik kg*

pagi2 aku dah call husband mintak datang awal sebab aku takut aku dipaksa masuk OT tanpa sempat berjumpa dia.aku perlukan dia untuk kekuatan...dalam pukul 10.30 pagi, doktor datang n minta aku prepare.....branula ditangan diganti yg lain, baju bedah  n topi siap dipakai, dan urine tube dipasang.aku dibaringkan diatas strecther dan dibawa ke bilik pembedahan.
sampai dipintu masuk, baju ditukar lagi sekali, dimana aku dialas dgn kain hijau je dan sekali lagi di pass ke strecther lain.pakar bius sempat explain yg aku akan partially bius dan efek2 bius....
next, aku dibawa masuk ke bilik OT.mmg betul2 bilok OT dah ye.aku rasa entah berapa pintu yg ada sebelum sampai ke OT tu.disna aku dialihkan terus ke katil bedah.sejibik macam dlm tv tu.hehe.perasaaan tu toksah cakap la tyme tu.zikir nabi yunus xlekang dimulut..
aku terus dibius n beberapa minit kemudian perutku ditoreh.waktu torehan tu aku xrasa ape2.mcm ade benda sentuh2 di kulit je...tapi bila dah start cari gali baby tu memang aku terasa.wohooa.rasa macam org tumbuk sampai tembus.bagi aku laaa.doktor yg bius aku tu sentiasa disisi aku untuk tenangkan aku dan infirm ape yg tengah dilakukan....lembut je orangnye....tiba2 aku rasa lagi mcm tgn tembus sampai tmpat paling dalam perut aku.aku mmg xtahan,tersentak.diorang terus bagi aku sedut gas oksigen koot....yang menyebabkan aku lalok namapak burung2 je.huhu.
tepat jam 11:48am, ada nurse pakaikan aku tag dan bagitahu my baby is a girl, born with 775g.....aku ketika tu dah keletihan + efek bius yg dia bagi , akuanggukkan shja.terkilan sebab xdapat tengok muka anak aku,xdapat skin to skin mcm aku plan.baby terpaksa diberi bantuan pernafasan segera and perlu diletakkan dlm inkubator.sedih.
lepas diorang jahit2 tu, dah settle...datangla HO ni, bagitahu yg pakar yg bedah aku tu check, rahim aku jenis bicornuate.aku yg xtahu pape plus keletihan tyme tu mampu anggukkan je.gile ape n nak explain semua medical term diorang tu dlm keadaan aku camtu.aku dimasukkan ke 'bilik panas' sebentar unmtuk stable kan aku...dalam pukul 12:30 thgari kot baru aku ditolak ke ward semula dan diletakkan dibhagian rapi. aku sempat tengok mak,ayah,mertua n suami aku.tapi memang aku pening sangat2 dan rasa letih mengantuk... muka2 pon dah start gatal ,kesan ubat bius tadi.

aku ditempatkan di bahagian rapi sebab tekanan darah sentiasa perlu dipantau.....hari ke 4 barulah aku discaj..aku je.bukab baby....bermulalah episod pantang sehingga harini.....perit ooi pantang sensorang.
my baby plak ceman??? insyaALLAH, kelapangan nanti aku update lain...ma'assalamah....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...