Monday, May 11, 2015

#pregnancy life:i should tukar kepada parenting life plak nanti.why??



assalamualaikum wbt....

haritu ku berjanji dengan diri nak update berkenaan pregnancy aku kan.hermm ,.harini supposedly my belly still big and little creature inside it will be womb age 31 weeks.and i'm now supposed at kampung having a 'melenggang perut' di rumah inlaws.tapi what a suprised.....im at KL now 'enjoying' *enjoy la sangat* berpantang seorang diri *ofkos suami ade,tapi dia xpantang*. and my belly also dah kempiiiiis.but why???? herm its a loooong story and sangat mengejutkan aku.aku akan tulis kronologi nyaaa sebagai ingatan dan kenangan untuk aku dan anak aku.


22nd APRIL 2015
aku swap offday at this date as aku ada monthly check up dan aku eksaited even haritu aku kena buat mgtt test for 2nd time and cucuk kancing gigi tu.....aku eksaited sebab haritu doktor nak scan my baby. eksaited nak tahu perkembangan dia.eksaited nak tahu kot2 doktor kasi can untuk tahu jantina.
macam biasa aku gerak sekali dgn hsband nak pergi kerja.
sampai kat KKIA, sunyi je sebab blackout.diorang advice aku pergi tingkat 2 untuk buat mgtt terus.after dah settle,aku turun tingkat satu untuk check up.macam biasa diorang akan  buat urine test for albumin, ambil bacaan bp,hb &timbang berat.
tak ku sangka, tak kuduga.... berkali2 diorang check tekanan darah aku,bersilih ganti alat yg digunakan tu takot alat tu yg rosak.tekanan darah aku mencurigakan sebab terlampau tinggi.bacaan pertama yg diorang buat 200/98...aku masih blur tyme tuu.berkali2 diorang tanya,tidur lambat ke, ada pening2 berpinar ke.jawapan aku TIDAK.memang aku dalam keadaan sihat walafiat.berkali2 diorang check pun still bacaan dalam range tinggi even angka nya berubah2.
lepastu diorang suruh aku kencing, nak test urine kotor x. and what a shock, selama ni xpernah kencing aku kotor, tiba2 detect contain protein a.k.a kencing kotor.nurse terus refer aku kat doktor.aku segera dipanggil masuk bilik doktor dan dia buat scan.hati aku dah berdeba2 even aku masih blur n terpinga2.and guess what?? doktor maklumkan bahawa tumbesaran baby aku xfollow the normal gestational growth which means kandungan aku maybe bermasalah. conclusion awal dari doktor tersebut berdasarkan simptom2 tu ialah ku menghidap darah tinggi.doktor tu immediately call ambulance and mintak aku refer terus HKL.aku xtahu seserius itu.aku ada mintak untuk pergi sendiri tapi diorang kata xboleh lambat.hermm kat sini aku mmg dah start puzzled and speechless..
dalam pukul 12:30pm aku diangkut naik ambulance ke HKL dan sempat jugak aku call husband untuk inform.dalam ambullance tu sempat lagi aku tanya nurse yg eskort tu smada aku akan admitt nad brape lama aku akan ditahan.tapi dia pun xde jawapan.waktu tu aku masih lagi boleh tersenyum dan ketawa.
sampai di bahagian PAC (HKL), ujian yg sama dibuat,buat scan, check bp and check urine.result masih sama.dan aku ditahan di ward.
petang tu bila pakar datang jumpa aku, diorang conclude kan yang aku berkemungkinan ada pre-eclampsia berdasarkan simptom2 yg ada iaitu high blood pressure, air ketuban sikit, protein-urea tinggi.dimana dalam bahasa kampungnya adlah sawan mengandung dan ini akan membahayakan aku dan kandungan.pakar O&G set kan appoinment untuk detail scan keesokan harinya sebab nak tengok function palcenta semua.


23rd APRIL 2015


sepanjang hari yang membosankan.dah la laki selalu xde.huahua.sedih mak.beberapa jam sekali kena makan ubat la,amek tekanan darah la, dan check fetal doppler.
tapi dalam hati,tuhan je tahu betapa serabutnya pikiran aku pikirkan ape yg bakal berlaku.sebab aku ingatkan aku akan admit untuk pantauan semata2...tapi bila aku engat balik jawapan yg aku tanyakan pada pakar tu memang mmbuatkan hati aku xtenang.sampai jiran tepi katil ajak bersembang pon aku xtermampu nak layan.terkejut ada sedih ada.semua ada...soalan yg aku ajukan tu " doktor, masalah2 ni akan menyebabkan saya deliver awal ke??" and guess what? jawapannya:-
                        doktor: YA,MEMANG AWAK TERPAKSA BERSALIN AWAL,MUNGKIN SECARA                                     NORMAL/CZER DALAM SEMINGGU DUA LAGI.
                        aku: memang xde cara ke untuk saya rawat ?
                        doktor: XDE, SEBAB BABY DAH ALAMI IUGR,MEMANG XDE CARA LAIN DAH..

haaa sape xterkejut oiiii.itu baru kejutan pertama.kejutan kedua plak selepas buat detail scan dalam pukul 4 petang, pakar check yang bacaan placenta memang dah x ok.aku xpaham sgt medical term dia cemana. tapi tu bermaksud placenta dah lemah sangat untuk proses bekalkan oksigen n nutrient untuk tumbesaran baby,thats why baby growth terbantut n x follow growth chart yg betul.doktor bagitahu yg aku terpaksa dibedah secepat mungkin.secepat mana??esok weeeyh.esok.aku lagila terkejut.xprepare ape2 pon.dia cakap jangan risau, cukup untuk pihak hospital prepare ventilator je.aku xdapat merasa bersalin normal sebab baby breech.
husband aku dpanggil sekali untk beri penerangan lebih lanjut.at first kami cuba mempertahankan pendirian untuk di transfer ke kelantan.tapi, bila doktor dah main psikologi, bagitahu ini melibatkan nyawa aku dan anak, 2 nyawa...husband akur.tapi aku masih xrela dalam hati ni.hehe
sepanjang malam ni mmg aku xnyenyak tidur.memikirkan kesudahan hari esok. husband pon xmenang tgn uruskankan mcm2.keluarga aku n mertua pon dah dimaklumkan..dan esok paginya mereka akan terbang dri kampung

24th APRIL 2015

hari yg mendebarkan.yg akan menjawab semua persoalan aku.
-bagaimana rasanya dibius?
-bagaimana keadaan OT?
-bagaimana  rasanya perut ditoreh?
-selamatkah anak aku nanti?
-masih diberi peluangkah aku untuk bernafas lagi nanti?
-laki ke perempuan anakku ? *yang ni kes xsempat scan sdri sbab kami decide nk 3d scan before blik kg*

pagi2 aku dah call husband mintak datang awal sebab aku takut aku dipaksa masuk OT tanpa sempat berjumpa dia.aku perlukan dia untuk kekuatan...dalam pukul 10.30 pagi, doktor datang n minta aku prepare.....branula ditangan diganti yg lain, baju bedah  n topi siap dipakai, dan urine tube dipasang.aku dibaringkan diatas strecther dan dibawa ke bilik pembedahan.
sampai dipintu masuk, baju ditukar lagi sekali, dimana aku dialas dgn kain hijau je dan sekali lagi di pass ke strecther lain.pakar bius sempat explain yg aku akan partially bius dan efek2 bius....
next, aku dibawa masuk ke bilik OT.mmg betul2 bilok OT dah ye.aku rasa entah berapa pintu yg ada sebelum sampai ke OT tu.disna aku dialihkan terus ke katil bedah.sejibik macam dlm tv tu.hehe.perasaaan tu toksah cakap la tyme tu.zikir nabi yunus xlekang dimulut..
aku terus dibius n beberapa minit kemudian perutku ditoreh.waktu torehan tu aku xrasa ape2.mcm ade benda sentuh2 di kulit je...tapi bila dah start cari gali baby tu memang aku terasa.wohooa.rasa macam org tumbuk sampai tembus.bagi aku laaa.doktor yg bius aku tu sentiasa disisi aku untuk tenangkan aku dan infirm ape yg tengah dilakukan....lembut je orangnye....tiba2 aku rasa lagi mcm tgn tembus sampai tmpat paling dalam perut aku.aku mmg xtahan,tersentak.diorang terus bagi aku sedut gas oksigen koot....yang menyebabkan aku lalok namapak burung2 je.huhu.
tepat jam 11:48am, ada nurse pakaikan aku tag dan bagitahu my baby is a girl, born with 775g.....aku ketika tu dah keletihan + efek bius yg dia bagi , akuanggukkan shja.terkilan sebab xdapat tengok muka anak aku,xdapat skin to skin mcm aku plan.baby terpaksa diberi bantuan pernafasan segera and perlu diletakkan dlm inkubator.sedih.
lepas diorang jahit2 tu, dah settle...datangla HO ni, bagitahu yg pakar yg bedah aku tu check, rahim aku jenis bicornuate.aku yg xtahu pape plus keletihan tyme tu mampu anggukkan je.gile ape n nak explain semua medical term diorang tu dlm keadaan aku camtu.aku dimasukkan ke 'bilik panas' sebentar unmtuk stable kan aku...dalam pukul 12:30 thgari kot baru aku ditolak ke ward semula dan diletakkan dibhagian rapi. aku sempat tengok mak,ayah,mertua n suami aku.tapi memang aku pening sangat2 dan rasa letih mengantuk... muka2 pon dah start gatal ,kesan ubat bius tadi.

aku ditempatkan di bahagian rapi sebab tekanan darah sentiasa perlu dipantau.....hari ke 4 barulah aku discaj..aku je.bukab baby....bermulalah episod pantang sehingga harini.....perit ooi pantang sensorang.
my baby plak ceman??? insyaALLAH, kelapangan nanti aku update lain...ma'assalamah....


Sunday, February 15, 2015

#1st-pregnancylife



assalamualaikum wbt....
disebabkan harini duk sensorang,hehe rajin la aku nak menaip-naip ni.tambah-tambah adenye si kecik kat dalam ni,rasa macam2 nak cerita.bukan ape, aku ni manusia pelupa. dan tujuan aku mem-blog pon sebab nak coret semuaaaa kenangan2 supaya tak lupa.
sooo, pengalaman jadi #first-time-mom *sangat* ni memang xkan dilepaskan untuk kucoret.hewhewhew.
baby dah 19weeks sekarang. baby bump aku pon dah nampak sikit2.baju2 yg terketat sikit tu memang amat ketatla sekarang kalau pakai....kalau gi kerja, kawan2 dah gosok2 babybump ni.adohaiiiii bahagia rasa.wiwiwi......
latest check up haritu nurse bagi dengar jantung baby.alhamdulillah nurse kat kkia pantai indah ni mesra alam semua,boleh ajak bergosip bagai.hahaha.dia kak nani*nurse in charge aku* excited tanya ada rasa n dengar dah belum pergerakan baby.saya gelak je. sebab masih kompius lagi bunyi perut ke ape.hahaha.dia pon bagila chance aku dengar jantung baby.alhamdulillah, jantung baby normal. HB pun naik even aku xamik lansung ubat dia bagi selain vit c & acid folic .hehehe.ubat lain kelaut.bau n rasa hampeeeh samapai termuntah.
tapi yang x best nye kat KKIA PANTAI INDAH ni, doktor dia.adoiiimak xmesra alam lansung.first aku scan aritu dia scan n tunjuk jantung n bahagian2 badan baby je.xde explain langsung.engatkan 2nd scan ni xmacam tu la.dalam kepala ni macam2 nak tanya dia.nasib baik sempat tanya sikit2 tyme dia duk scan tu. masih sama,duk tunjuk mana kaki,tangan, jantung.adoiiiiii.engat lepas dah scan, dia mi ntak keluar dulu.ingatkan lepastu boleh masuk balik and explain everything.hampeeeeeh...nurse je keluar bagi balik buku merah.aku sound jugakla.cakap 'laa xde kena explain ppe ke?''...nurse tu cakap dalam buku di ada tulis.helooo engat aku paham sangat tulisan dan term2 korang tu??terpaksa la aku balik search abbreviation dia.adoooiiii geram sangat mak ni.memang nak dapat info jelas, kena pergi private la lepas ni.
wateva lah.nanti cuti panjang ni ,engat nak pi booked klinik annisa sambil2 ushar pakej deliver kat situ.

phewwwwww malas pikir dah.meh stori pengalaman2 dari minggu ke minggu jadi mom to be ni.hekhek...

bila dah nak jadi ibu ni, memang banyak benda nak kena godek2.jenis aku xsuka disuap semata-semata.apemende yang aku nak tahu,dan taktahu,curious to know, aku akan google atau rujuk mak2 sedara aku dulu.banyak benda yang aku belajar.aku lebih suka gogle.sebab banyak yang aku dapat.berbagai2 maklumat dimana aku akan compare balik yang mana bleh pakai atau x.
kalau dalam group fb plak, aku xsuka mencapub! haha.xmacam tyme jadi bride to be.masa bride to be memerlukan lebih pandangan.thats y aku suka sangat post mintak opinion itu dan ini. tapi bagi aku untuk mom to be ni,hanya perlu godek2, dan cari je balik maklumat.baca,baca dan baca.sebab semuanya adalah maklumat atau fakta. jangan teburu2 tanya without investigation or research or study.kadang2 perubahan diri yang kadang2 mengkompiuskan aku poon aku segan nak tanya.contohnya, bila ada naik bulu2 halus kat perut ni.halus la sangat padahal dah macam anne dah tengok.kikikiiki..aku cakap kat hubby sambil sedapkan hati.cakap,biasela ni perubahan hormon kot.lepas ni xdela tu...padahal dalam hati risau kemain kot2 something wrong somewhere.hehehe.tapi bila ada yg discuss pasal ni, lega baliiiiik.......rupanya memang banyak kena berkorban rupanya termasuk la dari segi appearance n fizikal.muka yang selebet n selekeh ni xyah cakap la.hahaha.hubby asyik perli manja je.cakap xde makna dah nak bermandi losyen bagai sekarang.
yela, kalau dulu sebelum tidur, memang pakai losyen la,krim la.xcukup badan sendiri,badan hubby pon aku tempek.haha.sekarang ni,memang xpandang lansung benda tu.adoiiiiiii.

k dah.




MINGGU 1-8

minggu yg aku dapat tahu aggaran dalam minggu ke-4. itupun sebab asyik sakit pinggang n senggugut yang lite2 gituuu.pening tu sikit2 je.yang xleh blaaah selera makan memang maju giler...
masuk minggu ke-5 , morning sickness xyah cakap la.berlarutan sampai minggu ke 12.perut lapar memanjang, tapi bila makan, komfem keluar balik lepas tu.tapi kalau xmakan, memang xsenang duduk.kebulur gileer.nak pulak aku selalu demam tyme tu.asal keluar jenjalan sikit kat tempat crowded, balik mesti demam.batuk berpanjangan. sampai hubby pon kuarantin mak ni.ahahaha.ada sekali tu dia ajak keluar tengok wayang.excited la aku nii.laki ni jenis xsuka berjalan sangat.dari zaman belajar dulu lagi.kalau kitorang keluar pon sebab nak spent time bersama.xde maknanye nak explore tempat2 baru.bukan jenis dia..nyampah mak!!okay, dia pon bawak la aku gi tengok muvee kat sungway pyramid.last2 kat dalam kereta, aku muntah.hahaha.punya tahan,last2 keluar jugak.hubby memang warning no more dating2.adoiiiii.kuciwa daku.
ada satu tahap tu kadang2 bau memasak pon xboleh.tapi kadang2 jela.bila memng ksihatan merudum.nasib baik la dapat laki rajin bab masak.mana xrajin,kalau dia xmasak,lapooor  jaawabnye.hahaha.laki cheq ni bukan jenis suka makan kat luar sangat.thanks b sebab rajin masak2 ye tyme sayang xlarat dan malas.haha.

selain muntah2 makanan, benda ya ng wajib n berlarutan sampai sekarang muntah asid/angin.yang ni memang without fail org kata.pagi2 bangun tidur, masuk toilet, komfem akan muntah dulu.hentak2 kaki bagai n dalam perut ni rasa macam kena korek2.adoiiiiii.kalau yang keluar tu warna kuning, adoiii pahit giler dalam mulut ni.demi mu anak, ibu tempuh jelaaa.


MINGGU 9-18

masuk bulan ketiga,aku jadi makin kuat angin dalam badan.yang ni memang xleh blah.memang caffein tolak jauuh2.ada satu malam tu,sebab minum soya kot.ya allah, xboleh tidur.2,3 kali duk muntah.tidur kejap,terus terjaga.tidur kejap,terjaga semula.sebab rasa macam ada blocking kat dada ni.nak tidur pon xlena.kat tekak tu kembang2 je rasa.last2 arround pukul 4 lebih terjaga lagi dan memang xboleh tidur lansung.tyme ni memang siap2 nangis2 dah.kejutkan hubby mintak dia urutkan belakang.lega la sikit,baru tidur pun lena.
kalau kat tempat kerja,toksah cakap la, asyik brlawan2 sendawa je .hehe. kalau dulu memang malu la kalau sendawa berbunyi.tapi sekarang dah xhirau dah.orang sekeliling pon memang paham kot.
masuk minggu ke 17, muntah2 memang dah kurang.kecuali kalau terlebih mkan atau dia memang suka2 nak muntah.ahaks... ada plak macamtu.badan pon dah makin ringan.xde dah jalan2 pengang pinggang.naik tangga pon xmengah sangat.mula2 hairan gak.
mane tak hairan n terkejut.ada satu hari tu, bangun2 tidur hubby cakap perut aku kempis sikit.dia cakap lapar niii* motif dia nak cakap dia yg lapar*.aku biar je.wat donno.pastu sehari dua tu aku sendiri pon xrasa perut menegang.cuak jugak.badan pon ringan semacam jeee....dah risau dah tyme ni.ade yg negatif2 je dalam kepala ni.siap nekad nak gi klinik scan baby.hehe.tapi bila tgk2 balik,google punya google xrasa tu bad news.
mebi bila dah masuk ke trimester kedua n alahan makin berkurang, badan punrasa ringan.positifkan diri balik.hehehe.tu yang xsabar gi checkup haritu.sebab nak tahu kondisi anak ibu ni acanooo.tp kuciwaaaa doktor sangat2 xmesra alam.
masa checkup haritu nurse dah bising2 dah sebab berat naik sekilo lebih.dari 44 something untuk previous checkup naik ke 46.1.sekilo lebih  je poon..terus point to MGTT.haa ni yang xsuka ni.bali kampung nanti, memang nak makanpuas2 dulu ape yang patot.hehe.lepatu berpantanglah daku xnak sangkut tyme test MGTT ni.doakan mak ye anak2 semuaaaaaa.............


k lah, letih gak nak stori mori ni.mata macam agak kuyu je.nak pi casss jap.bubyeeeeeee

p/s: xkuasa mak nak berlumba2 nak menang or layan manusia annoying sejak tua ni.eehh.

Monday, January 26, 2015

im back with new status.



assalamualaikum.....
subhanallah...setahun dah rupanya aku xjejak kaki kat dunia blog mahupun blog sendiri.mana janji nak jadi blogger tegar?hahaha
hrmm...actually passion aku terhadap blog memang dah hambar.rasa kekok gila dah nak menaip.nak2 bila dah masuk alam pekerjaan ni.lagipun aku jenis menaip gini pakai laptop je.pakai phone memang hancusss.
semenjak masuk alam pekerjaan ni memang aku rasa exhausted sangat...xde masa free untuk mengadap blog.hari2 cui aku habiskan dgn merehatkan diri or kemas bilik or outing.

hermm tahun 2014 dah berlabuh pergi hampir sebulan.dan banyak kenangan2 dan event yang berlaku dalam hidup aku pada  tahun tersebut.which is:

07th OKTOBER 2014- SAAT AKU SAH MENJADI ISTERI KEPADA MOHD ALSYAFIQ

Ya allah, sesungguhnya memang inilah saat yang kami berdua tunggu n nantikan. impian aku untuk berkahwin di awal usia akhirnya termakbul. hampir 5 tahun hubungan kami, ada pasang dan surut.ada gelap dan cerahnya akhirnya terikat dgn lafaz suci akad.
majlis yang simple tetapi tetap menjadi satu hari yang bersejarah untuk aku.dan sekarang aku adalah seorang isteri, yang mencuba setiap hari untuk menjadi isteri yang terbaik.pelengkap hidup suami.insyaALLAH...

                           












ni waktu pagi, majlis akad nikah.sebab aku ABC, buat jelaa kat rumah.rancangan awalnye nak wat kat masjid.hehe.tyme ni memang aku xdapat nak feel sangat sebab everything happened like bullet train.pantas jee. nak2 pulak mak andam wat hal pepagi.masa rombongan lelaki dah sampai aku xmekap pon lagi.berkali2 call katanya on the way la.xtidur la ape la.aku dah naik cemas.last2 mak sedara offer nak mekapkan. dan aku surrender tadah muka.baru je pakai foundation, mek tu sampai.memang aku buat muka bengang la.dia kata engat sempat.memang laa.aku mintak mekap simple2 je dan shawl plak aku pakai ikut gaya aku.dah malas nak deal ngan dia.memang aku bengang.bila tyme akad pulak semua berlaku sekelip mata.aku xsempat feeling ape.setitik air mata pon xkeluar.tapi aku tengok laki aku sebak, peluk mak n ayah dia.katanya....


                                         




ni pulak majlis bertandang dua hari selepas majlis dirumah aku. siyees aku puas hati dengan outfit aku sebab itu hasil kerja keras aku  dan umi from top to toe.dari veil hinggalah ke kain aku jahit beading sendiri.baju kurung modern je dan dijahit umi sendiri.rasa sangat tinggi nilai nya.memang aku xkan letgo.huhuhu






EARLY NOVEMBER 2014


Alhamdulillah dengan izin ALLAH swt, kami dapat rumah yang berdekatan dengan tempat kerja kami.hehe sebenarnya aku yang dekat sangat 5min jee dari rumah.
selain itu, aku dan husband diberikan lagi nikmat yang terkata untuk kami rasa bila aku disahkan sedang carried a little creature from ALLAH inside my tummy.ALLAHUAKBAR.sungguh benar nikmat mu YAALLAH. memang kami xrancang ape2 dan bersedia untuk ada anak awal. tapi aku xjangka sebab bulan pertama perkahwinan kami still duduk berasingan.
citernye yang aku boleh tahu adalah dalam 3weeks lebih kandungan. waktu tu aku rasa sakit2 pinggang n ala2 senggugut.aku pelik sebab awal sangat akutu petanda senggugut. sebab risaukan apa2, tambahan tyme tu baru pindah rumah n sibuk angkat mengangkat barang2 ke tingkat 4 (rumah tingkat 4) , aku beli lah UPT n pagi2 subuh tu aku check.YAALLAH menggigil aku tengok naik double line.aku bagi kat hsuband.dia macam relaks je mula2.aku xtahu la terkejut ke happy ke ape.tapi lepas aku aku decide untuk hold je, tunggu seminggu dua baru check.

dua hari lepas tu(kalau xsilap), terasa pening sangat2 kat tempat kerja.rasa macam xtidur 2 malam.las2 decide gi ke klinik bawah ofis and doctor situ sahkan aku memang pregnant as it was a morning sickness symptom.naik ofis xtahu nak cakap apa.hepi ada terkejut pon adeeee....

hehe.


and now this little creature sedang membesar dalam tummy ibu .dah almost 4 month dah poon.macam2 ibu hadap demi awak sayang. i hope u doing well inside and grow well. ibu and ayah xsabar nak tengok awak. tapi jangan mengada2 nak keluar awal yeee.xyah nak jadi macam ibu tecik2 dulu.hehe


muntah, angin satu badan, mabuk tu dah jadi makanan harian dah.hari cui poon asyik berkurung kat runah je sekarang.yela, kalau keluar je berjimba, esok nye mesti demam or buat hal. paling xtahan, naik kereta je terus muntah.anakibu ni jenis hommy macam bapak dia jugak kot.suka duk kat rumah.hehehe...

apepun hope u doing well inside and ibu will make sure awak membesar dgn jayanya even ibu adalah manusia yang degil sikit.suka skip ubat klinik bagi and makan main telan jee...hehehe



alhamdulillah.harap hari2 yang mendatang kami diredhai dan diberkatinya.ameeen~

Saturday, December 14, 2013

2013 will say gudbye.here some memories I had catchup



Assalamualaikum wbt...
Dah lama rasenye x berbelog kn? Almost a year I thing. Bukan xnak,byk bnda nk dicoret tp masa yg mnjadi kekangan.ALhamdulillah, I ha d facing a lot of sweet moment throughout a year ni.
Kerja?aku bersyukur even bukan dlm bidang aku,tp aku xmengalami pengangguran yg lama. Even terpaksa merantau,aku pasrah je demi mcari sesuap nasi.guess what?aku kini menjalani idup berkarier di negeri yg plg most unwanted which is KUALA LUMPUR.haha.thats why tthere's a says "jgn lah kamu membemci sesuatu kerna boleh jd itu yg akan kamu sukai kelak.but.but...im not too interested or enthusiastic living here. Those thing happened unplanned.after grad ariti,aku join 1 kursus ni which is located at serdang. And ALhamdulillah after jw habis Kursus tu aku dpt offer keje.

But now,aku dh tukar kerja.masih di kl cuma company laen.saje Tulare angin.dekat sikit ngan tmpat aku mnyewa.hehe
Ok stop stori pasal tu.

Another greatful moment aku lg adlh pada 17/10/2013..dimana aku telah move a step forward to own a family. I guess im matured enuff alredy.hewhewhew.sumpah kejam statement ni.
Here I shared some happy n meaningfull moment on that blissful day.



Sapekah gerangan nya yg mengikat hatiku*why my words so dramatic?*
Still the same one.the one  dat always in my heart almost 4 years. And I hope he will stay still be the same as 1st tyme I meet.nooo,mula2jumpa aku xsuka dia.hehe.










Ok dh kenape tibe2ade gmbar ni kn?herrm sehari after majlis tu kami diuji.EKSIDEN!!innalillahiwainnailahiraji'un.....
Darah manis org tua2 ckp. Teruk x teruk nye.kete syafiq mmg total lost. ALhamdulillah kitorang selamat.hermm xnak citer skrg detail2 'coz seriau nk engat Malik.next entry mebi I will stori further.When?????
When I'm strong enuff n not in lazy mooood.hewhewhew.
Gudbye.Salam ALaik~



Wednesday, November 28, 2012

monologasi=ngomong2 sndiri


assalam peeps...=)
malam ni layan la mek serabai ni nak meraban ye.ermmm siyesly aiii kekeliruan identiti. haha.bukan kecelaruan identiti or jantina okek. i luv every part of me. cuma, cikserabai xmo jadik dewasa. eh bukan xmo, tapi xleh nak jadi. i mean xleh nak adapt. see.... ni namenye kekeliruan identiti!!! ayat poon tunggang langgang..*siggh*
its not that i dont want to grow up. kecik-kecik dulu salu duk tadah tangan sambil tersembur air liur mintak nk cepat besaw. kalo besaw kan boley kawen..haha? takdelaaa. bila besaw ade life sendiri dah kan. xyah gaduh2 ngan adeq. alaaa....typical habit of homosapien la ni. bila kita duk stage tu,rase xsaba nk ke stage satu lagi n bila dah sampai stage yg duk terlonjak2 nak dolu2 tu, menyentap bagai nk balik zaman dolu2 plak.haiiish.
cikserabai suke jadik dewasa. tapi xdapat nak adapt jew. i'm too childish mebi. not mebi but absolutly lah!!!!  kalau kat u ni... i think 3 orang jew kot yg taw n kenal cikserabai sebetul-betulnya. da true person that i can show da real me. muahahaaa. diorang2 ni tahan ke x. wallahualam lah tu. penah 2,3 kali dah kot aii kena hentam kat orang,diorang cakap aiii ni jenis muka xde perasaan n xberperasaan. heh! wrong la all my dear. tu sebab nye cikserabai xdapat nak adapt ngan situasi tu. i'm trying but need a long tyme.
guess what? till now, i still need sumbody to depends on in each of my step. memang! i xleh facing everything sorang diri. ade je sorang mangsa ntok i ngadu tu ngadu ni. nak tu.nak ni. tolong tu.tolong ni. sori la ntok sesape yg jadi tempat pergantungan aii tu ye. =)
benda yg paling.paling cikserabai nk ubah seboleh nya pasai nanges!! ya allah kalau masuk tanding nanges. sure2 aii menang nyah!

Friday, November 2, 2012

memang!!!



MEMANG AKU 'SENGAJA' TAK GI KELAS,XNAK BAGI KAU XSELESA DGN KEWUJUDAN AKU.

MEMANG AKU SENGAJA XGI KELAS, SUPAYA KAU MAMPU BERGEMBIRA SEGEMBIRANYA

MEMANG AKU XKAN GI MAKAN KALAU AKU TAHU KAU ADA

MEMANG!!!! AKU XKAN WUJUDKAN DIRI AKU DIMATA YANG XMENYENANGI AKU.SEKIAN~


Friday, October 12, 2012

nak!!!!



Semalam gi jenjalan cuci mata satu mall,biar poket tgh  rabak pon...sadis tak.

ushar2 punye ushar.memang sedang pasang impian untuk beli niiiiiiiiii


craving for them so much!!!!! arggggggggggggh...plisss somebody atlist,gimme ur credit card,or ur atm card atliz


SILA NANGISSSSSSSS.. T________T




pastu tgk2 sandal yg selesa untuk dipakai,sebab aku kekurangan sandal.byk kasut jew....mebi as simple n comfort like this =)


tapi, ushar punye ushar tersangkut gk dgn flat shoes ni....cantik kannnnnnn...tension weh!!!

plissss la kerja cepat lah kerja cikserabai oiiiiii~..... aim aku nanti Y.E.S, ak dapat semua ni...arggggh.tensyen!! k bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...